TRAVELOG KE KOREA

                                                                                 13 DISEMBER 2019

Pada musim cuti persekolahan yang lalu,saya dan keluarga saya telah bercuti ke Korea Selatan selama 3 hari dan 2 malam.Kami bergerak dari Kuala Lumpur(KLIA) pada pukul 2:00 a.m dan tiba di Busan(Gimhae International Airport) pada pukul 9:00 a.m mengikut waktu di Malaysia dan perjalanan ini sekurang-kurangnya mengambil masa 7 jam.
Gambar selepas tiba di Busan

Setibanya di sana,ayah saya terus menempah hotel di Busan untuk berehat.Kami mengambila masa selama 6 jam untu berehat di hotel tersebut.Pada pukul 8:00 p.m,kami keluar ke pasaraya berdekatan untuk membeli belah barang.Di sana,ayah saya telah menempah kereta untuk digunakan di sini(Korea)sejak awal lagi,jadi setibanya di sana kami terus menggunakan kereta tersebut.Musim di sana ketika itu musim sejuk,ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae,suhu di situ ialah 1 darjah celcius.Dalam perjalan ke hotel pula sangat indah.Pencemaran udara juga agak kurang di sana kerana rakyat mereka lebih gemar menggunakatan pengangkutan awam seperti bas,teksi dan kereta api bawah tanah.

                                                                                14 DISEMBER 2019

Pada awal pagi tersebut,sekitar pukul 2:00 a.m,kami bergerak dari Busan ke Pulau Nami.Kami tiba di sana pada pukul 7:30 a.m.Kami juga ada berhenti sekejap untuk menunaikan solat Subuh di Chongju.Selepas tiba di Pulau Nami,kami mengelilingi pulau tersebut dan mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan.

 

Pulau Nami ini mempunyai beberapa uniknya tersndiri seperti contoh,ianya menjadi tempat pengembaraan movie Winter Sonata yang terkenal pada tahun 2002.Untuk pergi ke Pulau Nami ini,kami perlu naik feri yang harganya sekitar 4000 KRW atau sekitar RM15.Pulau Nami ini juga mempunyai patung-patung yang bersejarah.Untuk makanan halal juga ada di sini.Terdapat beberapa kedai makan yang ada di Pulau nami dan ada yang halal.Jika penat untuk meronda-ronda pulau ini,kami berhenti rehat sekejap.\ di kedai makan.

Kami bergerak pulang dari Pulau Nami pada pukul 1:30 petang,sebelum itu kami menunaikan solat Zohor disana terlebih dahulu.Kami pergi ke hotel baru yang terletak di Seoul.Masa dari Pulau Nami ke Seoul hanyalah 3 jam.Jadi kami tiba di sana pada pukul 5:00 dan setibanya di hotel kami terus solat Asar kerana waktu solat fardhu Maghrib di sana pada pukul 5:15 p.m.Setelah selesai solat,kami berehat sebentar selama satu jam kerana kelelahan.Pada malam tersebut,kami pergi ke Jalan Myeong-Dong pada waktu malam.Di sana terdapat banyak kedai seperti kedai makan,kedai kasut,kedai baju dan sebagainya.Terdapat juga kedai di Stesen Kerata Api bawah tanah.Di Myeong-Dong itu,kami mencuba beberapa makanan Korea yang halal.


Selepas puas berjalan-jalan pada waktu malam itu,kami pulang ke hotel tepat pada pukul 10:30 p.m.

      15 DISEMBER 2019

Pada awal pagi itu,kami bangun pada pukul 8:00 untuk bersarapan di hotel itu.Setelah selesai bersarapan,destinasi kami yang seterusnya ialah Istana Changdeokgung.Masa yang diambil untuk ke sana dari hotel kami hanya setengah jam.Yuran untuk masuk ke situ dalam sekitar 3000 KRW atau RM11.


Istana Changdeokgung ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dimana Istana Changdeokgung sendiri membawa maksud "Istana Kebajikan Gemilang".Istana ini didirikan pada tahun 1405 dan mendapat pengiktirafan Warisan Dunia(UNESCO).Ramai pengunjung yang datang ke sini untuk bergambar kerana tertarik akan Istana Changdeokgung ini.Kami berada di sini darik pukul 9 pagi hingga 2 petang.Kami mecari masjid untuk menunaikan solat Zohor.Hari ini,adalah merupakan hari terakhir kami untuk berjalan-jalan kerana pada awal pagi esok,kami akan berlepas ke Malaysia.

Seoul Central Mosque
Setelah selesai menunaikan kewajipan kami memutuskan untuk makan malam selepas selesai solat Asar.Kami mencari kedai makanan yang halal dan berdekatan dengan masjid itu kerana kereta kami sudak diletakkan sekitar masjid.Setelah puas mencari kedai makanan halal yang tidak diragui kehalalanya,kami menjumpainya.Kami mencuba beberapa makanan Korea yang terkenal seperti Kimchi,tteokbokki dan bibimbap.Harga makanan di situ tidaklah terlalu mahal,semuanya sekitar 90,000 KRW untuk makan seramai 8 orang.


Malam ini merupakan malam yang terakhir kami disana.Jadi kami mebuat keputusan untuk ke Jalan Myeong-Dong semula untuk membeli buah tangan untuk rakan-rakan yang berada di Malaysia.Cumanya kali ini,kami mencuba untuk pergi ke kedai bawah tanah.Ternyata,kedai-kedai di sana cukup menarik dan menawarkan harga yang berpatutan.


Pada malam itu kami mengemas barang supaya tidak ada yang tertinggal kerana pada awal pagi esok kami akan bertolak ke Kuala Lumpur semula.Ini adalah pengalaman pertama saya ke luar negara dan ianya sangat seronok kerana dapat melihat budaya,makanan dan tradisi orang Korea Selatan.

Akhir sekali, saya sebagai pelajar dapat belajar tentang cara melesetarikan kebudayaan dengan mengekalkan bangunan bersejarah seperti Istana Changdeokgung di Korea Selatan ini.Mereka menjaga bangunan ini semenjak ianya pertama kali didirikan iaitu pada tahun 1405.Perkara ini juga boleh dijadikan contoh di Malaysia untuk mengekalkan sesuatu budaya dengan menggunakan bangunan bersejarah sebagai tempat tarikan pelancong luar mahupun dalam negara.










Comments

  1. Wah, Sungguh menarik sekali blog kamu ini! Kamu membuatkan saya teringin untuk bercuti di tempat percutian kamu ini.

    ReplyDelete
  2. Sungguh menarik perisian sehinggakan saya ingin ke korea selatan sekarang juga 🙀

    ReplyDelete
  3. Cerita yang sangat menarik, saya harap saya dapat pergi ke tempat percutian seperti yang diceritakan.

    ReplyDelete
  4. Blog yang amat menarik, blog anda membuatkan saya berasa hendak pergi ke tempat tersebut. Saya harap anda banyak lagi melancong dan membuat blog yang menarik.

    ReplyDelete
  5. Wah, menarik sungguh blog kamu alif. Saya juga sungguh kagum melihat kamu melayan telatah adik-adik.😂😂

    ReplyDelete
  6. Blog yang sungguh menarik tertarik dan sebagainya🤩 ianya menunjukkan keindahan disana. Menggunakan ayat yang sungguh dramatis. Tidak lupa juga dengan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim

    ReplyDelete
  7. Sangat menarik blog kamu.Penuh dengan aktiviti yang lasak.Saya sangat tertarik dengan tempat ini.Saya harap kamu akan menjadi pemandu pelancong yang hebat

    ReplyDelete
  8. Gempak sungguh blog kamu wahai saudara Aliff! Imej dan huruf yang teratur menarik perhatian saya sebagai pembaca. Pengalaman yang anda kongsikan membuka mata saya untuk mengetahui lebih mendalam lagi mengenai budaya yang terdapat di situ. Bagus saudara!

    ReplyDelete
  9. Sungguh menarik cara penceritaan saudara semasa percutian di luar negara. Saya begitu kagum dan teruja membaca blog ini kerana saudara bukan sahaja berjalan-jalan makan angin malah saudara turut memahami suatu warisan dan budaya di sana . Pengalaman saudara bercuti nampak sangat menyeronokkan , apatah lagi bercuti bersama keluarga tercinta . Saudara telah menarik minat saya untuk ke sana juga suatu hari nanti . Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat . :)

    ReplyDelete
  10. Selepas membaca blog kamu, saya rasa saya ingin menjejakkan kaki ke bumi Korea Utara. Penulisan tentang percutian kamu sangatlah bagus.

    ReplyDelete
  11. Wah, Sungguh menarik sekali blog kamu ini! Kamu membuatkan saya teringin untuk bercuti di tempat percutian kamu ini.

    ReplyDelete
  12. Blog yang menarik dan bagus.Saya berasa sangat teruja apabila membaca blog anda.Saya yakin pasti anda telah menerokai banyak pengalaman baharu apabila berada di sana.

    ReplyDelete
  13. Blog yang amat menarik, blog anda membuatkan saya berasa hendak pergi ke tempat tersebut. Saya harap anda banyak lagi melancong dan membuat blog yang menarik.

    ReplyDelete
  14. Wah! Menarik sungguh tempat yang kamu melancong.Gambar yang menarik serta gambar yang cukup.Saya doakan anda menjadi blogger yang berjaya satu hari nanti.

    ReplyDelete
  15. Blog yang amat menarik , blog anda membuatkan saya berasa hendak pergi ke tempat tersebut. Saya menghargai perkongsian anda.

    ReplyDelete
  16. Blog yang menarik serta sangat bermanfaat kerana diisi dengan peringatan-peringatan dan nasihat seperti peringatan untuk tidak meninggalkan solat, syabas dan terima kasih saudari

    ReplyDelete

Post a Comment